Panasnya Hari Ini

Shafie Sokong Usaha Tun M, Akui Belum Tandatangani ‘Deklarasi Rakyat’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal mengakui bahawa beliau menyokong misi ‘Selamatkan Malaysia’ atau dikenali sebagai deklarasi rakyat namun bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada akan menandatangani memorandum tersebut.

Ujarnya, ia adalah satu langkah yang baik dan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkannya sebagai satu jalan penyelesaian.

“Ia langkah yang baik, saya menyokong usaha itu tetapi belum menandatanganinya.

“Tun Mahathir hanya mahu Najib meletak jawatan dan ia dilihat sebagai penyelesaian,” katanya kepada pemberita di Parlimen selepas ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong hari ini memetik sumber Mstar online.

Mengulas mengenai gesaan supaya timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat, Shafie berkata,masih ada peraturan yang perlu diikuti.

“Kita tahu Majlis Tertinggi memiliki kuasa muktamad tetapi pada masa sama ia tidak boleh menjadi pihak yang sama untuk menyiasat, membuat penghakiman atau mencadangkan siapa yang akan mengisi sesuatu jawatan.

“Di sini, mereka yang menyiasat, mereka juga yang menghukum dan menentukan siapa yang akan menggantikan seseorang.

“Memang betul mereka berhak, tetapi ia perlu dilakukan dengan adil,” katanya.

Jumaat lalu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama kira-kira 50 pemimpin politik dan aktivis kerajaan serta pembangkang menandatangani dokumen itu bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");