Panasnya Hari Ini

Sidang Media Khas Muhyiddin hari ini

KUALA LUMPUR:Sidang Media khas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi ini dan akan disertai oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Memetik sumber Astro Awani, sidang media berkenaan akan diadakan di Bukit Damansara.

Sidang media tersebut dijangka akan menjadi tumpuan umum selepas Dr Mahathir mengumumkan pendirian untuk keluar daripada UMNO pada Isnin.

Ia juga diharap dapat merungkai khabar angin sama ada Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu akan mengikuti jejak langkah Dr Mahathir.

Selain itu, tumpuan pasti terarah kepada Mukhriz sama ada beliau akan terus setia bersama UMNO atau mengikuti jejak langkah bapanya.

Pada Isnin, Muhyiddin memaklumkan kepada media sebaik pulang dari Vietnam bahawa beliau masih setia bersama UMNO.

Sidang media tersebut berkemungkinan menjadi ruang buat Ketua UMNO Bahagian Pagoh berusia 68 tahun itu mengulas isu penggantungan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");