Laporan Eksklusif

Sokongan Kerabat Diraja Arab Saudi Kepada Malaysia Tidak Akan Dilupa – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia tidak akan melupakan sokongan kerabat diraja Arab Saudi kepada negara sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata: “Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerabat diraja Arab Saudi atas sokongan mereka sejak berdekad lamanya. Kami sentiasa menghargai, dan tidak mungkin akan melupakannya.”

“Daripada Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta pendahulu-pendahulu Baginda yang dihormati, kami di Malaysia amat bertuah kerana berterusan mempunyai rakan yang dipercayai,” katanya melalui akaun Facebook dan Twitternya malam ini.

Perdana menteri kini dalam rangka lawatan kerja ke Arab Saudi selama empat hari sejak Isnin.

Beliau turut berharap Forum Ekonomi Jeddah (JEF) yang dihadirinya, serta lawatan kerjanya itu, adalah satu daripada pelbagai acara dan cara bagi Malaysia membalas serta memartabatkan lagi persahabatan dengan Arab Saudi dalam semangat wasatiyyah dan kerjasama.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");