Panasnya Hari Ini

Solidariti Untuk Najib, 100 Ketua UMNO Bahagian Bakal Berkumpul

KUALA LUMPUR:Kira-kira 100 Ketua-ketua UMNO bahagian di seluruh negara akan mengadakan perjumpaan solidariti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Memetik sumber Malaysia Gazette perjumpaan itu diadakan bagi menyatakan solidariti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selain berikrar memberi sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO itu.

Menurut sumber, perjumpaan pada jam 4 petang di tingkat 4 Auditorium PWTC itu adalah untuk mempertahankan Najib dari gerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Difahamkan, setakat ini antara Ketua-ketua UMNO Bahagian yang dijangka hadir ialah Bera, Rantau Panjang, Kuala Kedah, Jerantut, Kuantan, Jempol, Pensiangan, Gopeng, Dungun, Puchong, Hulu Langat, Pokok Sena, Rasah, PJU, Jerai, Kepong, Silam, Klang, Batu, Bakri, Sabak Bernam, Shah Alam, Petaling Jaya Selatan, Kapar, Pendang dan Kuala Terengganu.

Bahagian lain ialah Indera Mahkota, Kota Marudu, Telok Intan, Segambut, Kuala Pilah, Kudat, Lipis, Sungai Besar, Sungai Petani, Bagan, Batu Kawan, Setiu, Kuala Langat, Subang, Sepang, Tenom, Tanjong, Selayang, Pengkalan Chepa, Serdang, Penampang, Beufort, Paya Besar, Kuala Selangor dan Bukit Mertajam.

Turut menyatakan kehadiran juga dari UMNO Bahagian Batu Gajah, Gombak, Labuan, Larut, Jelutong, Kuala Krai, Kuala Nerus, Tumpat, Kota Raja, Bandar Tun Razak, Temerloh, Keningau, Pandan, Bayan Baru, Sungai Siput, Tanjung Malim, Merbok, Pasir Puteh, Cameron Highland, Sri Gading, Simpang Renggam, Machang, Beluran, Parit, Sekijang, Batu Sapi dan Kota Raja.

Tidak ketinggalan juga UMNO Bahagian Ipoh Barat, Tasek Gelugur, Hulu Terengganu, Segamat, Ipoh Timor, Bukit Bendera, Bagan Serai, Kelana Jaya, Sik, Lipis, Besut, Marang, Ledang, Kuala Krau, Temerloh, Tawau, Tanah Merah dan Bachok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");