Panasnya Hari Ini

SPR Tak Siasat BN Belanja RM1.5 bilion Pada PRU13, Dakwa DAP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa tidak mengambil perhatian terhadap laporan yang mendakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan wang sebanyak RM1.5 bilion semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Ketua DAPSY, Teo Kok Seong berkata, SPR tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Sebenarnya kita berharap dengan pengerusi yang baharu, mereka haruslah memberi maklum balas secepat mungkin ataupun satu dua hari selepas (bekas) Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mengeluarkan dakwaan ini dan Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Idris Haron) mengaku memang ada RM1.5 bilion dibelanjakan.

“Itu seharusnya dilakukan SPR dan sampai sekarang, kami tak lihat ada tindakan dilakukan oleh pihak berkenaan seolah-olah ia bukan perkara yang perlu diambil perhatian,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan bahawa Mukhriz mendedahkan sebanyak RM1.5 bilion dibelanjakan oleh BN pada PRU13 yang lalu dan perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Menteri Melaka.

Berikutan itu, Teo dan Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik membuat laporan terhadap BN.

Dalam masa yang sama, mereka menggesa agar Pengerusi SPR yang baharu, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menyiasat dakwaan tersebut kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

“Ini berikutan BN telah membelanjakan lebihan wang dalam PRU13 dan telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 19 (1).

“Pendedahan ini cukup serius dan saya rasa satu tindakan perlu diambil terhadap yang terbabit. Ia bukan satu angka yang kecil,”tegasnya.

Beliau juga berharap agar SPR dapat mengeluarkan kenyataan dan menunjukkan pendirian mereka terhadap dakwaan tersebut.

“Saya harap SPR dapat ambil tindakan atas tuduhan ini dan juga rasa rakyat Malaysia mahu SPR dalam masa terdekat mengeluarkan satu kenyataan mengenainya,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");