Sukan Hari Ini

Stadium 65 peratus siap

Kota Bharu: Wajah baru Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sudah 65 peratus siap sejak kerja pengubahsuaian dilakukan bermula Januari lalu.

Hampir semua bahagian dalam dan luar bangunan sudah dicat dengan warna putih, manakala merah jambu digunakan di beberapa kawasan terutama tempat duduk dan lorong masuk pemain serta penyokong.

Pengarah Impian Berkat Trading Halizan Halim berkata, pihaknya terpaksa menggunakan cat merah jambu yang ditempah Februari lalu meskipun tidak menepati cita rasa sebenar penaja utama pasukan Kelantan Datuk Seri Dr Hamiza Othman atau Dr Vida.

“Saya terpaksa menggunakan terlebih dulu warna merah jambu ini di beberapa tempat untuk lapisan pertama bagi mengelak kerugian. Agak membazir kalau tidak digunakan kerana 1,000 liter sudah ditempah bulan lalu.

“Apapun warna merah jambu itu dicat untuk sementara waktu sebelum dilapiskan pula warna sebenar. Apa yang tinggal sekarang ini hanya menunggu warna merah jambu sebenar saja kerana kerja mengecat yang lain sudah selesai sejak tiga minggu lalu.

“Bumbung astaka juga kami sudah siapkan dengan warna putih dan merah jambu biasa sebelum diletakkan papan tanda dan logo (PQPTRW (Pamoga Qu Puteh The Red Warriors) di tempat terbabit,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya lagi, tiga sampel warna merah jambu sudah dihantar kepada Dr Vida sejak bulan lalu, namun ditolak kerana bukan warna pilihan sebenar seperti mana dimahukan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");