Sukan Hari Ini

Suntikan semangat Ziyad

Kuala Lumpur: Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli (gambar) menerima suntikan semangat baru menjelang temasya Olimpik Rio September ini apabila merangkul emas acara lontar peluru bagi kategori F20 di Kejohanan Olahraga Asia-Oceania yang kini berlangsung di Dubai, Qatar.

Kejohanan berlangsung sehingga 12 Mac itu menyaksikan, pemenang pingat gangsa Olimpik London itu merekodkan catatan 15.32 meter untuk menewaskan lawan tuan rumah Mohammed Ali yang sekadar melakukan lontaran 11.85m.

Catatan Ziyad itu bagaimanapun belum cukup untuk memperbaharui lontaran terbaik peribadinya iaitu 15.73m.

“Sasaran saya tahun ini adalah cuba melakukan lontaran 16m ke atas dan jika berjaya berkemungkinan mendapatkan emas pertama di Rio tidak mustahil.

“Pencapaian ini menjadi dorongan dan semangat untuk terus ke depan kerana saya mahu menjadi yang lebih baik dan terbaik,” katanya.

Sementara itu seorang lagi atlet paralimpik negara Ridzuan Puzi yang beraksi dalam acara 100m kategori T36 turut cemerlang menyumbangkan emas untuk negara.

Ridzuan merekodkan catatan 12.44 saat bagi menewaskan pelari China, Yang Yifei 13.43s di tempat kedua dan Chan Wing Sum dari Hong Kong 14.28s, ketiga.

Kejayaan itu memberi petanda positif buat skuad olahraga paralimpik negara dalam usaha menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menyumbangkan emas pertama di temasya Olimpik.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");