Panasnya Hari Ini

Surat Terbuka Tun M Bukan Satu Ancaman- Mustapa

KUALA LUMPUR:Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan keyakinan bahawa ‘Surat Tun Mahathir’ yang tersebar di cawangan tertentu supaya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak akan menggoyahkan kesetiaan ahli UMNO amnya.

Ujarnya setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan penerimaan surat tersebut dari 2,000 cawangan yang ada di negeri ini.

Beliau turut menyifatkan bahawa surat terbuka iu bukanya satu ancaman.

“Di kelantan kita tidak melihat sebarang surat ancaman. Kita tidak mengesan ketua cawangan yang tidak akur dengan Perdana Menteri,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Tambahnya lagi, Umno Kelantan sentiasa setia dan sebulat suara menyokong kepimpinan Perdana Menteri bahkan ia secara jelasnya telah dizahirkan menerusi Himpunan Deklarasi Umno Kelantan yang diadakan semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");