Panasnya Hari Ini

Surat Terbuka Tun M: Hanya Surat Biasa Untuk Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR:Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik menyifatkan surat terbuka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepaada ahli UMNO hanya sebagai surat biasa yang bertujuan untuk menjelaskan tindakannya keluar daripada parti tersebut.

Ujarnya, bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai peluang untuk menyatakan pendiriannya selepas keluar parti dan menggunakan surat tersebut sebagai peluang menjelaskan tindakannya itu.

“Saya berpendapat Dr Mahathir selepas keluar UMNO mungkin dia tidak ada ‘locus standi’ lagi untuk berinteraksi dengan UMNO kerana beliau bukan lagi ahli.

“Kepentingan UMNO dari segi perlembagaan dan tradisi adalah eksklusif kepada ahli dan pemimpinnya.

“Jadi, surat beliau itu dianggap sebagai surat biasa yang tidak signifikan… mungkin itu peluang untuk menjelaskan mengapa dia keluar parti,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas surat terbuka Dr Mahathir kepada ahli UMNO di peringkat cawangan yang memberi saranan supaya tampil mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");