Sukan Hari Ini

Syazwan Zainon Mahu Tebus Kekecewaan

SYAZWAN Zainon bersiap-sedia untuk kembali di atas padang bagi membantu Kedah berdepan Sarawak dalam saingan Liga Super selepas memanaskan bangku simpanan akibat kecederaan.

Malah pemain sayap itu juga bagaikan tidak sabar untuk berjuang bagi memastikan skuad Helang Merah pulang dengan tiga mata penuh seperti yang diharapkan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe.

“Saya memang kecewa kerana tidak dibariskan dalam kesebelasan utama ketika berdepan Kelantan dalam siangan Piala FA sebelum ini. Tetapi saya sedar kecederaan yang dialami memerlukan rehat secukupnya.

“Sekarang selepas pulih daripada kecederaan, saya rasa tidak sabar untuk berjuang bersama rakan sepasukan dalam perlawanan di Kuching.

“Saya juga lega mendengar Amirul Hisyam Awang Kecik mampu beraksi kembali setelah dibelenggu kecederaan.

“Kehadirannya pasti akan memantapkan kembali bahagian tengah apabila digandingkan bersama Liridon Krasniqi,” jelas Syazwan.

Menurutnya, kehadiran Ketua Pasukan, Khairul Helmi Johari antara perkembangan positif menjelang perlawanan malam ini.

“Kami tahu Sarawak pasti mahukan kemenangan yang dapat mengubati kekecewaan peminat setia mereka. Tetapi kami juga mempunyai amanat penyokong yang perlu dilaksanakan.

“Kami tidak mahu mengecewakan ribuan peminat setia dan jurulatih dalam perlawanan kali ini dan akan berusaha mempamerkan prestasi terbaik dan membawa pulang kemenangan,” ujarnya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");