Panasnya Hari Ini

Tak Pernah Benci Tun M – Kit Siang

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa beliau tidak pernah mempunyai perasaan benci terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas tindakannya di masa lampau, malah tidak membenci sesiapa pun.

Beliau berkata, hal demikian kerana dalam politik, ia tidak boleh dicampur aduk dengan perkara peribadi.

“Malahan, apabila saya keluar dari Kamunting, saya jumpa dengannya (Dr Mahathir)..saya tanya padanya yang saya tidak datang kepadanya untuk bertanya kenapa kamu (Dr Mahathir) tangkap saya.

“Tapi saya tanya kenapa kamu (Dr Mahathir) tidak menangkap (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kerana Najib pada ketika itu Ketua Pemuda UMNO,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika disoal adakah beliau ada menyimpan persaan benci terhadap Tun Mahathir.

Terdahulu, Veteran DAP itu merupakan salah seorang ahli politik yang telah ditahan semasa Operasi Lalang pada tahun 1987 dan diletakkan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sementara itu, ketika disoal sama ada beliau tidak berpuas hati terhadap perubahan yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa mentadbir negara, Kit Siang berkata, “Apa yang saya sebutkan terhadapnya pun telah menjadi perkara awam”.

Tegasnya, perkara yang paling penting pada masa kini adalah bekerjasama untuk menyelamatkan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");