Sukan Hari Ini

Taktikal berkesan

Kuala Terengganu: Percaturan pemangku ketua jurulatih Terengganu Mike Mulvey kian menjadi apabila pasukannya menambah luka skuad The Red Giants, malam kelmarin.

Lebih manis, biarpun skuad Peteh Terengganu Peteh dilanda kemelut dalaman tetapi jurulatih kelahiran England itu tetap tenang menerapkan taktikal berkesan untuk mencatat kemenangan ketiga dalam saingan liga.

“Sebelum turun bertemu skuad pendahulu liga itu, persiapan lebih tersusun sudah dilakukan termasuk menerapkan taktikal untuk menyaingi lawan dan akhirnya kami berjaya mengutip tiga mata,” kata Mulvey.

Mengulas lanjut aksi malam kelmarin, bekas jurulatih Sabah musim lalu itu mengakui anak buahnya sudah mulai mempamerkan peningkatan sejak beliau mengambil alih tugas daripada ketua jurulatih Ahmad Yusoff yang direhatkan.

“Corak permainan semua pemain dilihat semakin meningkat termasuk pemain muda dan perkembangan positif diharap tidak terhenti dalam perlawanan ini saja malah perlu diteruskan.

“Selain itu, dalam perlawanan bertemu The Red Giants ini juga kunci kejayaan apabila pemain berjaya mengekang asakan pelawat bermula di bahagian tengah biarpun lawan mempunyai pemain tengah yang baik,” katanya.

Pun begitu, jurulatih berusia 53 tahun itu sedikit terkilan apabila barisan penyerangnya gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang yang boleh diterjemahkan dengan jaringan.

“Sepatutnya skuad Terengganu mampu meledak lebih banyak jaringan jika jentera serangan bijak menghidu beberapa peluang keemasan, namun saya tetap bangga dengan aksi mereka dan kemenangan ini menjadi petanda kebangkitan pasukan,” katanya yang mahukan pemainnya menggandakan latihan.

Pada aksi bertemu Selangor itu, penyerang import Issey Nakajima Farran menjadi watak penting dalam pasukan apabila meledak dua jaringan manakala satu lagi jaringan menerusi pemain import dari Argentina Juan Jose Morales untuk melengkapkan kemenangan 3-1.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");