Isu Panas

Tamat khidmat bukan penghalang Tun M terus kritik

SHAH ALAM – Gabungan Ketua Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Selangor menyifatkan keputusan Kabinet yang menamatkan perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bukan penghalang bekas perdana menteri itu mengkritik kerajaan.

Ketua Penerangannya, Sheikh Norman berkata, kejayaan yang ditonjolkan Tun Mahathir sepanjang tempoh pentadbirannya telah tercatat dalam sejarah.

“Kejayaan Tun Mahathir tiada siapa boleh menandingi semasa pentadbiran beliau begitu jayanya nama Malaysia gah di serata dunia.

“Berbagai cabaran dan dugaan sudah dilaluinya dapat diatasi dengan sebaiknya. Dunia akui dan mengesahkan pentadbirannya dalam percaturan politik dan berjaya membawa nama Malaysia ke peta dunia,” katanya.

Semalam, Kabinet sebulat suara bersetuju menamatkan perkhidmatan Tun Mahathir sebagai Penasihat Petronas kerana beliau tidak boleh memegang sebarang jawatan berkaitan dengan kerajaan susulan tidak lagi menyokong kerajaan sedia ada.

Menurut Sheikh lagi, meskipun ada dakwaan bahawa Tun Mahathir sudah hilang pengaruh dan tidak memberi apa apa kesan terhadap parti dan kerajaan jika beliau keluar dari parti.

“Tetapi sebaliknya kita semua dapat lihat hari ini memberi impak yang cukup besar sehingga kenyataan yang dikeluarkan penyokong (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najb Razak tidak berjaya mempengaruhi rakyat dan akar umbi untuk memburukkan Tun Mahathir.

“Sebagai Ahli Umno tidak perlu takut jika dipecat daripada parti kerana mendesak Najib Razak meletak jawatan,” katanya.

Tambahnya: “Hargailah ‘negarawan’ selagi beliau masih ada semoga ALLAH SWT mengurniakan kesihatan yang cukup baik kepada beliau untuk meneruskan perjuangan belum selesai.”

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");