Panasnya Hari Ini

Tamatkan Khidmat Tun M, Bukan Tindakan Yang Mengejutkan-Shahrir Samad

KUALA LUMPUR:Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abd Samad menyifatkan keputusan Kabinet menamatkan khidmat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat PETRONAS bukan sesuatu yang mengejutkan.

Ujarnya keputusan itu juga memberi faedah kepada kedua-dua pihak, iaitu bagi Dr Mahathir dan kerajaan.

Tambahnya lagi, jika tidak setuju dengan kepimpinan negara, seharusnya Dr Mahathir meletak sebarang jawatan dipegangnya yang mempunyai kaitan dengan kerajaan.

“Beliau nak pergi, memang nak pergi, dahulu pun dia pernah pergi. Sebenarnya ia faedah kedua-dua pihak. Ada pihak yang suka dipecat, macam seolah-olah apabila dipecat kita adalah ‘hero’. Politik bukannya seperti main wayang kulit. Kita yang buat tak betul memang patut pun dipecat.

“Ini semua drama (melakukan sesuatu sehingga boleh dipecat). Penghabisan drama nanti kita dipecat, kita jadi hero. Yang penting soal perjuangan adalah prinsip, bukan kepentingan,” katanya selepas melancarkan Projek Pendidikan dan Kemahiran Yayasan Bandaraya Johor Bahru, memetik sumber Berita harian.

Tambahnya lagi, soal perjuangan merupakan prinsip utama dan bukannya melibatkan kepentingan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");