Panasnya Hari Ini

Tamparan Hebat Buat Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai UMNO Bahagian Pagoh menerima tamparan hebat apabila beberapa cawangan dan ahlinya di bahagian tersebut telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan itu diambil apabila terdapat UMNO-UMNO cawangan dan ahlinya kecewa dengan tindakan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO yang digantung kerana bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Najib.

Berikutan itu, mereka telah menubuhkan Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) yang disertai oleh ketua cawangan termasuk Kampung Gelam, Penchu, Seri Ledang Utara, Bukit Treh dan Taman Pagoh Jaya.

Pengerusi KBUP, Datuk Yusof A. Bakar berkata, terdapat tujuh ketua pemuda cawangan dari Temiang, Seri Ledang Utara, Seri Ledang Selatan, Kebun Baru, Batu 7 Bukit Pasir, Simpang Baba dan Taman Pagoh Jaya serta seorang ketua wanita cawangan Temiang turut menyertai kumpulan tersebut.

Jelas Yusof lagi, KBUP ditubuhkan adalah untuk memastikan UMNO Pagoh terus selari bersama UMNO pusat bagi memastikan UMNO Bahagian Pagoh tidak terasing dan bersendirian dalam soal membela masyarakat khususnya di Pagoh.

“Bukan kami tidak sayang Tan Sri Muhyiddin, tetapi kami lebih sayangkan parti kerana kalau kita tidak mampu menyumbang kepada perpaduan dan kekuatan parti, jangan pula menjadi penghasut kepada perpecahan,”katanya, lapor Utusan Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");