Panasnya Hari Ini

Tengku Adnan Sifatkan Kongres Rakyat Sebagai Satu Onar

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap ‘Kongres Rakyat 2016: Gerakan Selamatkan Malaysia’ yang diadakan pada petang ini lebih kepada satu onar.

Ini kerana, kata Menteri Wilayah Persekutuan itu, himpunan tersebut bertujuan untuk meruntuhkan sesebuah institusi demi mencapai matlamat peribadi individu.

Berikutan itu, beliau melarang ahli-ahli UMNO daripada menghadiri perhimpunan tersebut yang dilaporkan akan turut dihadiri oleh pemimpin pembangkang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ada di kalangan ahli parti itu sendiri jika kehendak atau matlamatnya tidak tercapai atau tidak ditunaikan akan membuat onar sehingga sanggup meruntuhkan sesebuah institusi.

“Sekarang mereka cakap program itu bukan untuk runtuhkan UMNO,tetapi mereka mungkin lupa selama 70 tahun ini siapa yang mentadbir negara, bukankah Perikatan dan Barisan Nasional yang mana tulang belakangnya adalah UMNO,”ujarnya, lapor Antarapos.

Ujarnya, UMNO akan meneliti dari bentuk tindakan sekiranya didapati ada ahli UMNO yang menghadiri perhimpunan tersebut.

Tambah beliau lagi, UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersedia untuk melepaskan mereka yang tidak lagi berminat untuk terus bersama parti dan kepimpinan parti serta kepimpinan sedia ada.

“Kita tidak suka ada ‘anai-anai’ atau gunting dalam lipatan dalam parti ini, kalau sudah tidak setuju, buka parti lain atau keluar dari UMNO. Kita tahu bagaimana nak jaga UMNO,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");