Panasnya Hari Ini

Tengku Razaleigh Tepis Dakwaan Bakal Dilantik Penasihat Petronas

KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menepis dakwaan mengatakan beliau antara calon yang akan dilantik menggalas tugas selaku Penasihat Petroliam Nasional (Petronas) yang kini kosong.

Kekosongan jawatan itu ekoran daripada tindakan barisan Kabinet yang memutuskan untuk melucutkan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dari menggalas jawatan tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa beliu lebih selesa dengan keadaannya kini.

“Tak usahlah lantik saya kerana hati saya lebih senang dalam keadaan begini (tanpa jawatan),” komen ringkas Ku Li kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi,Gua Musang memetik sumber Sinar harian.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan kabinet berpendapat Dr Mahathir sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan kerana beliau tidak lagi didukung kerajaan sedia ada.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan perlucutan jawatan Dr Mahathir, Ku Li menegaskan bahawa perkara itu bukan isu baharu.

Berikutan jelasnya sebelum ini Dr Mahathir pernah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Petronas kepada kerajaan tetapi ditolak dan bekas perdana menteri itu diminta terus menerajuinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");