Panasnya Hari Ini

“Terus Hentam Mahathir, Kita Lebih Teruk Daripada Pondan”

KUALA LUMPUR:Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang tampil menentang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengecut.

Ujarnya, tiada sebarang kepentingan menentang Mahathir kerana negarawan itu bukannya individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.

“Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.

“Dan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen,” katanya dalam ucapan sempena Malam Solidariti Mat Sabu di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, Ipoh memetik sumber Sinar Harian.

Tambahnya lagi, meskipun Mahathir dikaitkan dengan beberapa isu salah laku ketika mengetuai pentadbiran negara namun pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mendakwa mantan Perdana Menteri itu adalah pihak pemerintah.

“Kalau Mahathir jahat, Mahathir zalim, Mahathir mencuri, pemerintahlah yang kena dakwa Mahathir. Kita ada kuasa apa? Kita sendiri pun tiap-tiap tahun kena dakwa,” katanya.

Ujarnya lagi, kerjasama Mahathir serta beberapa tokoh pimpinan BN dan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat adalah bertujuan untuk menukar kepimpinan negara.

“Kita bersama mereka semuanya semata-mata untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN,” katanya.

Tambahnya lagi, deklarasi itu dapat direalisasikan sekiranya semua pihak komited dan fokus terhadap perjuangan tersebut.

“Dalam perjuangan kita, kita mungkin tidak tahu dimana penamatnya tetapi yang penting kita terus berjuang untuk mencapai matlamat itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");