Panasnya Hari Ini

The Malaysian Insider Umum Henti Operasi Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR:Laman portal The Malaysian Insider (TMI) akan ditamatkan operasinya tepat jam 12 tengah malam ini.

Ketua Pengarangnya, Jahabar Sadiq memaklumkan berita penutupan portal berkenaan menerusi satu kenyataan yang disiarkan di laman portal tersebut hari ini.

Ujarnya, pemiliknya kepada portal itu,The Edge Media Group membuat keputusan tersebut diatas sebab-sebab komersil.

“Barangkali waktunya sesuai untuk kami berhenti pada permulaan (15 Mac). Saya berharap kami telah memberi khidmat yang baik sejak mula beroperasi pada 25 Februari 2008.

“Selamat tinggal kepada pembaca di mana jua anda berada, dan mereka di Malaysia yang tetap membaca kami walaupun dengan sekatan kerajaan,” katanya.

Menerui kenyataan itu juga, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua pembaca di atas setiap sokongan dan kritikan sepanjang operasi portal berkenaan.

“Namun tugas kami di The Malaysian Insider telah tiba di penamatnya di saat Malaysia paling memerlukan kejelasan, ketelusan dan maklumat.

“Terima kasih kepada anda, di Malaysia dan seluruh dunia, dan mereka yang bersama kami sejak hari pertama atas sokongan dan kritikan sepanjang lapan tahun dan 18 hari yang hebat ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");