Panasnya Hari Ini

Tiada Hak Desak Peguam Negara Letak Jawatan – JALSOA

KUALA LUMPUR: Persatuan Perkhidmatan Pegawai-Pegawai Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) hari ini menegaskan bahawa Badan Peguam Malaysia tidak mempunyai hak untuk membuat usul mendesak agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan serta merta.

Memetik laporan Malaysia Gazette, pendirian tersebut terkandung dalam usul yang diluluskan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) JALSOA hari ini.

JALSOA menegaskan bahawa, EGM sebulat suara menolak sebarang usaha campur tangan dan tekanan mana-mana badan lain.

Ia termasuklah Badan Peguam Malaysia dalam urusan Peguam Negara untuk melaksanakan kuasa dan budi bicara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“JALSOA berpandangan bahawa Badan Peguam Malaysia tidak mempunyai hak untuk membuat usul “mendesak YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali, Peguam Negara untuk meletakkan jawatan serta-merta” seperti yang diluluskan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Badan Peguam Malaysia yang ke-70 pada 19 Mac 2016 lepas dan tidak seharusnya membuat desakan dan tekanan sedemikian rupa terhadap Peguam Negara,” kata kenyataan itu, lapor Malaysia Gazette.

JALSOA juga berpendirian bahawa semua pihak perlu menghormati kedudukan institusi Peguam Negara dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai institusi yang bebas serta peranan institusi Peguam Negara dalam menjunjung keluhuran Perlembagaan, menegakkan keadilan, mendaulatkan undang-undang dan melindungi kepentingan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");