Panasnya Hari Ini

Tiada Sebab Untuk Saya Perlu Bercuti- Guan Eng

KUALA LUMPUR:Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan bahawa tiada sebab untuknya bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembelian rumah banglo miliknya dan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis.

“Saya tak nampak mengapa saya perlu bercuti untuk dakwaan yang secara terang-terangan tidak benar terhadap saya, dan bila saya tidak ada pengaruh dan kawalan terhadap siasatan SPRM atau Peguam Negara, yang menjalankan kuasa pendakwaan sepenuhnya.

“Hanya Perdana Menteri mempunyai kuasa ke atas kedua-dua SPRM dan Peguam Negara,” kata memetik sumber Mstar online.

Tambahnya lagi, bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah disiasat SPRM terhadap tuduhan rasuah yang tidak benar berhubung penajaan perjalanan ke Mekah pada 2009.

“Tiada siapa minta Nik Abdul Aziz pergi bercuti kerana beliau tidak mempunyai kawalan atau kuasa terhadap SPRM dan dakwaan berkenaan tidak berasas.

“Lagipun sekiranya menteri besar atau ketua menteri perlu bercuti setiap kali laporan berhubung rasuah dibuat kepada SPRM, walaupun yang remeh dan tidak berasas, maka perkara ini boleh dijadikan sebagai senjata politik.

“Nanti semua orang kena pergi bercuti,” katanya.

Beliau menegaskan akan menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan akan menggesa suruhanjaya itu menyegerakan siasatan supaya nama dan kerajaan negeri dapat dibersihkan.

“Saya memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan berharap siasatan ini adil, bebas dan profesional,” ujar Guan Eng.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");