Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

“Tidak salah menjalinkan hubungan cinta dengan pengurus sendiri” – Siti Nordiana

KUALA LUMPUR: Tidak dinafikan dengan melihatkan situasi yang terjadi dalam dunia hiburan pada masa kini, terdapat selebriti yang menjalinkan hubungan dengan pengurus sendiri.

Pemenang Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana yang turut didakwa bercinta dengan pengurusnya sendiri juga bersetuju dengan perkara tersebut dan menyatakan bahawa ia bukan merupakan satu kesalahan.

“Memang tidak salah menjalinkan hubungan cinta dengan pengurus sendiri. Perkara tersebut memang terjadi dalam dunia hiburan,” katanya, memetik laporan portal Astro Gempak.

Namun begitu, penyanyi yang lebih mesra dengan nama panggilan Nana itu menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau bercinta dengan pengurusnya.

“Hubungan yang terjalin antara saya dan pengurus cuma biasa-biasa sahaja. Tidak timbul perasaan yang lebih dari hubungan antara pengurus dan artis,” katanya lagi.

Beliau juga lebih suka mengambil tindakan berdiam diri bagi menjawab segala spekulasi yang bertiup.

“Dia menjaga saya semenjak tahun 2011 lagi. Saya lebih suka untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dan mahu senyap sahaja bagi menutup mulut orang yang berkata-kata,” ujar Nana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");