Jenayah

Tiga didakwa edar dadah

Pasir Mas: Tiga lelaki termasuk dua warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan mengedar dadah jenis methampetamine seberat 41.28 kilogram bulan lalu.

Tertuduh Syazwan Salim, 27; Masawee Mamah, 45; dan Awae E Sor, 35, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap tuduhan.

Mengikut tuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methampetamine seberat 41.28 kilogram di dalam kereta bernombor pendaftaran Thailand di bawah garaj di Kampung Bagus, Rantau Panjang, pada 3.10 petang, 23 Februari 2016.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurhidayah Mat Saad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Mei depan untuk sebutan semula kes.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");