Panasnya Hari Ini

‘Tindakan Mahathir Lebih Teruk Dari Najib’ – Rais Yatim

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk ketika memegang jawatan Perdana Menteri, namun perkara tersebut tidak didedahkan.

Berikutan itu, Dr Rais menasihatkan agar Tun Mahathir tidak begitu lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara keterlaluan.

“Jika dibandingkan dengan apa yang Tun (Dr Mahathir) buat dulu, sehingga hal-hal tidak wajar pernah berlaku seperti Operasi Lalang, dia bertindak luar kawalan.

“Tak nak buka rekod itu kerana tak nak aibkan. Dalam Islam mengaibkan saudara lain, nanti kita akan diaibkan,” ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Katanya lagi, sebagai seseorang yang pernah berada di bawah kepimpinan Tun Mahathir, beliau berkata banyak perkara yang berlaku.

Namun begitu, tegasnya, tidak seharusnya perkataan untuk menghentam digunakan sehingga sesuatu itu tidak ada nilai lagi.

“Saya sebagai bekas seorang menteri beliau, banyak perkara berlaku tetapi kita juga harus jangan gunakan perkataan untuk menghentam atau meletakkan sesuatu itu sehingga tidak ada nilai lagi,”katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta Tun Mahathir agar menghargai UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berjaya menaikkannya sehingga menjadi Perdana Menteri.

“Dr Mahathir naik sebab BN dan UMNO, kena ada hati sikit untuk beri budi satu cara ketokohan yang selama ini dapat dipakai orang.

“Tetapi jika beliau tidak fikir begitu, saya tak dapat buat apa-apa,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");