Panasnya Hari Ini

Tindakan Peguam Negara Halang Najib Daripada Dibicarakan

KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebabkan proses undang-undang ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhalang.

“Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang,” katanya pada sidang media di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya (UM), hari ini memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, penutupan kes itu telah menghalang orang awam daripada mendapat akses berhubung skandal membabitkan Perdana Menteri.

Ujar Mahathir lagi, Peguam Negara turut mengugut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat kerajaan.

“Ini bermakna yang kesalahan jenayah dalam pentadbiran kerajaan akan dilindung daripada pengetahuan awam,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun kes terhadap Perdana Menteri ditutup oleh Peguam Negara, skandal berkaitannya disiasat beberapa agensi negara asing seperti Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain.

foto-freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");