Panasnya Hari Ini

Tindakan Terhadap Muhyiddin, Mukhriz Ditentukan Dalam Mesyuarat MT Umno – Zahid

KUALA LUMPUR:Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Majlis Tertinggi (MT) Umno akan membuat keputusan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sesi mesyuarat tersebut akan datang.

Ujarnya, ia berikutan tindakan Timbalan Presiden yang digantung dan bekas Menteri Besar Kedah itu menyertai ‘Kongres Selamatkan Malaysia’ pada Ahad.

Tambahnya lagi, kedua-dua mereka adalah antara 18 penceramah yang bertindak menyampaikan ucapan dalam kongres itu bagi menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita akan bincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang,” katanya memetik sumber Mstar online.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu akan mengambil tindakan tatatertib termasuk melucutkan keahlian mana-mana anggotanya yang menghadiri perhimpunan itu pada Ahad.

Gerakan Selamatkan Malaysia yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohammad bertujuan bagi menggesa supaya Najib meletak jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");