Panasnya Hari Ini

Tokoh Ulama Terkenal Bakal Hadiri Lima Program Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Tokoh ulama terkenal dunia, Al Allamah Al Habib Umar Muhammad akan menghadiri lima program yang yang telah dirancang di beberapa buah lokasi di negara ini.

Al- Habib yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.45 petang, Isnin lalu, akan hadir ke program di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, dan Johor.

Beliau telah hadir ke program pertama beliau, Musalla Al Abrar pada 7 Mac lalu di Pusat Komuniti Hawi Al Khairat, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur dan program kedua pada 8 Mac, yang bertajuk Wasiat Khas Untuk Muslimat di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya.

Bagi penduduk di bahagian utara tanahair pula, Al Habib Umar akan hadir ke program Majlis Selawat Perdana di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh pada 9 Mac 2016 (program bermula jam 6.30 petang).

IMG-20160307-WA0012

Al Habib Umar kemudiannya akan menghadirkan diri ke program Ceramah Perdana pada 11 Mac (program bermula jam 7 petang) di Perkarangan Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Manakala program terakhir beliau ialah Majlis Haul Habib Ali Bin Jaafar Al Aydrus pada 12 Mac (program bermula 6.30 petang) di Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat, Johor.

Al Habib Umar dilahirkan di Tarim, Yaman pada 27 Mei 1963. Seperti sedia maklum, Hadramaut yang sememangnya terkenal sebagai sebuah tempat yang paling ramai melahirkan para ulama dan auliya’.

Beliau telah banyak menimba ilmu daripada pelbagai ulama di dalam pelbagai bidang ilmu Islam dan antara guru beliau yang utama ialah bapa beliau sendiri, Habib Muhammad Salim, bapa mertua beliau, Al-Habib Muhammad Al-Haddar dan Habib Salim Muhammad Abdullah Al-Shatiry.

Bermula pada tahun 1982, beliau berulang alik ke Mekah untuk menimba ilmu dan tarbiyyah daripada Imam Al-ariff Habib Abdul Qadir Ahmad Al-Saqqaf, Habib Ahamad Taha Al-Haddad dan Habib Abu Bakar Al-Athas Abdullah Al-Habsyi.

Al Habib Umar yang berpegang teguh diatas landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah kemudiannya menerima ijazah Al-Asanid daripada Al-Musnid Syeikh Muhammad Yassin Al-Fadany dan Muhadthis Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki dan para ulama lain.

IMG-20160307-WA0010

Beliau juga merupakan Ahli Hadith yang mencapai taraf Alhaafidz iaitu menghafal lebih dari 100,000 hadis beserta sanad dan hukum matan.

Beliau turut digelar ‘Almusnid’ iaitu orang yang mampu menghafal Asbabul nuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya.

Memulakan usaha dakwah seawal umur 15 tahun, beliau telah menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang dikenali sebagai Darul Mustaffa selepas kembalinya ke Yaman pada tahun 1994.

Selain berdakwah di Yaman, beliau turut menjalankan aktiviti dakwah di luar negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Australia, Sri Lanka, Mesir, negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, India, Pakistan dan Afrika setiap tahun.

Al Habib Umar telah tersenarai dan menduduki tempat ke-28 bagi tokoh Muslim yang berpengaruh di dunia oleh buku 500 Most Influential Muslims dan kedudukan ke-33 dari 100 Most Influential People In The World Today oleh Majalah Forbes,

Bagi majalah Times pula, beliau turut disenaraikan sebagai manusia ke-35 paling berpengaruh pada tahun 2011.

Di Malaysia, beliau telah dilantik oleh negeri Johor sebagai Penasihat Ahli Sunnah wal Jamaah Negeri Johor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");