Panasnya Hari Ini

Tuduhan Berasaskan Laporan Media Tidak perlu Dijawab – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada keperluan untuk kerajaan bagi menjawab segala persoalan atau tuduhan yang dibuat berasaskan kepada laporan media seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan Dewan Rakyat 23 (1) (i).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di Dewan Rakyat, hari ini menerusi satu jawapan bertulis.

Di dalam soalan Pua, beliau bertanyakan mengapa anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International membayar RM170 juta kepada Putra Perdana Construction pada tarikh diantara 18 Julai dan 8 Ogos 2014.

Beliau juga bertanya, mengapa RM27 juta daripada RM170 juta itu dipindahkan ke akaun Najib.

“Untuk pengetahuan, RM170 juta dibayar kepada Putra Perdana Construction untuk ‘turkey project’ tetapi projek ini telah dibatalkan dan sejumlah wang itu dipulangkan semula kepada SRC International.

“SRC International tidak mempunyai maklumat berkenaan sejumlah wang yang dipindahkan ke akaun Menteri Kewangan dan tuduhan itu hanya berasaskan laporan media portal yang tidak boleh dibuktikan kebenarannya.

“Berikutan itu, berdasarkan Peraturan Dewan 23 (1) (i), soalan ini tidak perlu dijawab kerana ia hanya berdasarkan laporan media,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Sementara itu, ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Cheng pula mengutarakan pertanyaan siapakah yang meluluskan perpindahan wang RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi Najib tanpa pengetahuannya.

Beliau juga bertanya, adakah wang tersebut telah dipulangkan semula kepada SRC International.

“SRC International tidak mempunyai maklumat mengenai isu ini dan ia hanyalah dakwaan berasaskan laporan portal media,”ujar Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");