Panasnya Hari Ini

Tukar PM: Pas Mahu Guna Cara Demokrasi

KUALA LUMPUR:Pas sekali lagi menegaskan pendiriannya dan memilih untuk menunggu tempoh pilihan raya kelak bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pihaknya masih tetap dengan pendirian tersebut walaupun pemimpin Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur menerusi Deklarasi Rakyat, Jumaat lalu.

Tambahnya lagi, sebarang perubahan yang ingin dilakukan mestilah menggunakan cara demokrasi iaitu pilihan raya.

“Kita mahu perubahan tetapi caranya mestilah proses demokrasi di antaranya pilihan raya (yang diadakan) lima tahun sekali mengikut perlembagaan.

“Saya mahu supaya Perdana Menteri kalau hendak tukar melalui pilihan rayalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dun Ke-13, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu memetik sumber sinar harian.

Terdahulu Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengetuai deklarasi rakyat yang disertai bersama bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) antara lain mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Deklarasi itu juga telah ditandatangani oleh 58 pemimpin dan bekas pemimpin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");