Panasnya Hari Ini

Tun M Akan Terus ‘Serang’ Najib Walaupun Dari Luar UMNO

KUALA LUMPUR: Meskipun telah mengumumkan bahawa beliau sudah keluar dari UMNO semalam, mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad akan tetap mendedahkan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar parti tersebut.

Katanya, beliau tidak mahu negara ini diuruskan oleh seseorang yang telah melakukan pelbagai kesalahan.

“Saya tidak mahu melihat negara ini diuruskan oleh seseorang yang telah banyak melakukan kesalahan,”ujarnya.

Memetik laporan Free Malaysia Today, bekas Perdana Menteri itu juga dengan tegas menafikan bahawa beliau akan menyertai parti pembangkang untuk melakukan ‘serangan’ terhadap Najib.

Beliau mengakui, jiwanya masih kuat untuk bersama-sama UMNO dan antara sebab beliau keluar daripada parti itu adalah kerana UMNO kini dilihat menjadi parti milik Najib.

“Saya tidak berkongsi pandangan dan apa yang diperjuangkan mereka (pembangkang).

“Perjuangan saya hanyalah UMNO tetapi ia kini sudah menjadi parti milik Najib,”ujar beliau.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan untuk kembali semula kepada UMNO sekiranya Najib meletakkan jawatan atau berjaya disingkirkan daripada kedudukan Presiden parti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jemputan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri untuk menyertai PAS sekiranya beliau ‘berminat untuk bersama memperjuangkan Islam sebagai dasar bernegara’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");