Panasnya Hari Ini

Tun M Berhak Saman Najib- Ku Li

KUALA LUMPUR:Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad juga berhak menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung derma RM2.6 bilion.

Ujarnya, bekas perdana menteri itu adalah sebagai rakyat yang membayar cukai berhak melakukan saman tersebut.

“Rakyat asalkan membayar cukai berhak; ada locus standi (hak untuk mengambil tindakan di mahkamah).

“Sesiapa pun boleh saman menteri, pengawai kerajaan kalau mereka tak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, macam (contohnya) salahguna kuasa,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Terdahulu, Dr Mahathir bersama dua yang lain telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO untuk mengganggu siasatan keatas 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan, RM42 juta daripada SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");