Panasnya Hari Ini

Tun M ‘Gila’ Bekerjasama Dengan Pembangkang – Adnan Mansor

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang ‘gila’ apabila sanggup bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya lagi, ‘kegilaan’ tersebut dapat dilihat apabila bekas Presiden UMNO itu sanggup bekerjasama dengan DAP yang dikenali sebagai parti yang sering menyebabkan keadaan kucar-kacir di dalam negara.

“Apabila dia (Tun Mahathir) menjadi Presiden parti, dia cakap dia mendapat sokongan daripada rakyat. Dia mengajar kita untuk menghormati pemimpin.

“Apabila dia sudah bersara, beliau berkata akan memberi sokongan. Tetapi sekarang, beliau bekerjasama dengan pembangkang. Ini gila,”katanya, lapor The Malaysian Insider.

Tengku Adnan turut dilaporkan berkata, musuh lama Tun Mahathir, Lim Kit Siang sanggup bekerjasama dengan bekas pemimpin negara itu demi mencapai kepentingan politik.

“Anda fikir Lim Kit Siang suka duduk di sebelah Dr Mahathir? Tidak. Beliau (Lim Kit Siang) hanya ingin mempergunakan Tun Mahathir bagi mencapai keinginan politik beliau. Ini yang mengecewakan UMNO.

“Apa yang perlu Tun Mahathir lakukan adalah dengan kekal bersama UMNO dan duduk berbincang,”tegasnya.

Terdahulu, Tun Mahathir bersama-sama dengan beberapa bekas pemimpin kanan kerajaan, pembangkang dan NGO telah menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menuntut Perdana Menteri meletak jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");