Panasnya Hari Ini

“Tun M Hanya Keluar Parti Najib, Bukan Parti UMNO’

KUALA LUMPUR: “Bukan semudah itu beliau hendak keluar UMNO, ingin saya tegaskan hari ini bahawa yang Dr Mahathir keluar itu adalah parti Najib, bukan parti UMNO,”kata bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan ayahnya yang juga bekas Perdana Menteri yang mengumumkan keluar daripada UMNO bulan lalu selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

Tindakan bekas Presiden UMNO itu bukanlah kali pertama sebaliknya merupakan kali kedua selepas beliau berbuat demikian ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sinar Harian melaporkan, meskipun Tun Mahathir mengumumkan keluar UMNO, Mukhriz berkata, secara ‘rohaniahnya’ ayahnya masih kekal dalam UMNO.

“Mana mungkin seseorang yang ‘berdarah keris’ sanggup meninggalkan parti yang disertainya sejak remaja.

“Tun Dr Mahathir keluar UMNO….tetapi hatinya dan jiwa beliau tetap UMNO,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Mukhriz berkata beliau akan terus bersama-sama dengan UMNO kerana baginya, permasalahan yang berlaku di dalam parti pada ketika ini bukanlah masalah UMNO sebaliknya individu.

“Walaupun saya kini dikecam, saya tidak hirau sangat kerana itu ujian dunia.

“Ingin saya tegaskan hari ini, bahawa masalah sekarang adalah dibawa oleh individu, bukan parti,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");