Panasnya Hari Ini

Tun M Kecewa Dengan Mukhriz- Annuar Musa

KUALA LUMPUR:Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan agresif Dr Mahathir bertindak melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri adalah disebabkan beliau kecewa melihat prestasi anaknya, Datuk Seri Mukhriz dalam politik.

Ujarnya, beliau memahami perasaan Dr Mahathir apabila melihat anaknya tidak begitu menyerlah dalam itu walaupun telah diberikan ruang istimewa.

“Kita boleh faham pada usia Dr Mahathir, yang hendak lihat anaknya naik dalam politik. Dan bila itu tidak berjaya beliau tentu rasa tersinggung dengan UMNO. Sukarlah kita dalam UMNO hendak pertahankan dia (Mukhriz).

“Mukhriz bertandibg Ketua Pemuda Bahagian, kalah, tetapi kita terima dia tanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tidak ada yang kalah di bahagian tapi layak tanding Ketua Pemuda Malaysia, dan dia kalah juga.

“Kemudian dia hendak tanding Naib Presiden, juga rekod. Tidak ada yang kalah di Ketua Pemuda Malaysia hendak bertanding terus jawatan Naib Presiden.

“Tidak ada orang kalah Naib Presiden boleb jadi Menteri Besar dan juga Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah. Jadi, laluan istimewa telah diberi pada Mukhriz tetapi dia gagal juga,” ujarnya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya, kekecewaan yang dihadapi oleh Dr Mahathir itu dilepaskan terhadap UMNO, bagaimanapun beliau percaya di hati kecil Dr Mahathir pastinya beliau menyedari tindakannya itu adalah tidak wajar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");