Panasnya Hari Ini

Tun M Keluar Parti, UMNO Akan Fokus Agenda Mensejahterakan Rakyat

KUALA LUMPUR: Tindakan mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari parti itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan sama sekali tidak akan mengalihkan tumpuan kepada agenda untuk mensejahterakan rakyat dan pembangunan negara, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya lagi, banyak perkara perlu diberi fokus dan disempurnakan.

“Bagi UMNO, kita akan teruskan agenda kita sebab banyak tugas yang perlu kita sempurnakan.

“Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya UMNO lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran, terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,”katanya, memetik laporan Mstar.

Najib berkata demikian ketika ditemui media di dalam rangka lawatan kerja ke Arab Saudi.

Terdahulu, Tun Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO buat kali kedua pada Isnin lalu sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Najib.

Sementara itu, Najib dilaporkan berkata, tindakan yang diambil oleh Tun Mahathir berkemungkinan tidak akan memberi kesan kepada parti.

“Mungkin tidak, kerana biasanya kalau kita nak keluar daripada parti, kesannya (bila ia dilakukan) kali pertama.

“Tapi bila dah buat dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak memberi impak yang boleh menggugat kedudukan UMNO,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");