Panasnya Hari Ini

Tun M Kembali Sertai UMNO Adalah Tipis – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali merasakan bahawa kemungkinan untuk Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai semula UMNO adalah tipis.

Ujarnya, adalah terlalu sukar untuk Tun Dr. Mahathir berada dalam UMNO bawah pentadbiran Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada saya keputusan ini adalah yang terakhir bagi (Tun Dr.) Mahathir. Kemungkinan besar untuk beliau kembali semula amat tipis.

“Tambahan pula, setiap keputusan yang dia buat, dia sudah ambil kira pelbagai faktor. Ini adalah yang terakhir baginya,” katanya memetik sumber MalaysiaGazette semalam.

Mengulas mengenai keputusan Tun Dr. Mahathir yang mengumumkan keluar dari UMNO jelasnya mantan Perdana Menteri itu seorang pemimpin yang sayangkan negara dan mengambil berat masalah rakyat.

“Jika beliau melihat berlaku kepincangan dalam kepimpinan parti dan pentadbiran kerajaan, beliau akan cepat-cepat membuat teguran, tetapi kalau teguran, pandangan serta nasihatnya tidak diendahkan, bahkan kepimpinan makin teruk, beliau akan ambil keputusan keluar parti.

“Dia keluar parti tidak bermakna masalah dalam UMNO akan selesai kerana sudah tidak ada lagi orang yang mengkritik, tetapi apabila dia berada di luar, lagi mudah baginya untuk menjatuhkan Najib,” katanya.

Beliau  turut mengakui dan menjangka tindakan Dr. Mahathir akan bertindak meninggalkan parti setelah segala nasihat, teguran dan pandangannya tidak diterima oleh Najib.

Ibrahim turut menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak mengetahui perancangan mantan Perdana Menteri itu selepas ini, melainkan meminta pemimpin UMNO bersedia dalam apa jua keadaan bakal berlaku.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku sebab saya bukan ahli UMNO. Saya sendiri dipecat keahlian oleh Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri) pada tahun 2004.

“Saya lebih selesa setelah tidak lagi menjadi ahli UMNO dan akan terus bergerak dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");