Panasnya Hari Ini

Tun M Mahu Mukhriz Jadi PM-Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa motif serangan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana berkeinginan supaya anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi perdana menteri.

Ekoran motif itu, dakwanya bekas perdana menteri berkenaan enggan menyebut siapa pengganti, jika Najib meletakkan jawatan.

Beliau turut menyifatkan Dr Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan bekerjasama dengan pemimpin penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau turut mengingatkan Mukhriz bahawa tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden Umno dan perdana menteri.

“Ternyata Mukhriz dan Dr Mahathir gagal faham bahawa Umno akhirnya akan tolak pemimpin yang rakuskan takhta dan kuasa sehingga sanggup menjatuhkan Presiden Umno menggunakan musuh orang Melayu dan Islam,” katanya memetik sumber Bernama

Terdahulu, Dr Mahathir, yang keluar daripada Umno untuk kali kedua pada 29 Februari lalu,telah mengetuai tindakan menandatangani ‘deklarasi rakyat’ iaitu usaha supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");