Panasnya Hari Ini

Tun M Memerlukan Pembangkang- Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad memerlukan sokongan daripada pihak pembangkang dan bukan bermaksud sebaliknya.

“Berapa ramai Ahli Parlimen yang beliau ada? Beliau memerlukan kami,” kata Ketua Pembangkang itu ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Tambahnya, Deklarasi Rakyat yang diterajui Dr Mahathir jelas menunjukkan bekas perdana menteri itu turut bersetuju bahawa sistem yang digunakan Barisan Nasional telah merosakkan negara.

“Ia tidak mengubah pandangan Pakatan. Agenda utama bagi kita adalah untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

“Dia adalah mangsa politik dan dia perlu dibebaskan,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Ketika ditanya sama ada Dr Mahathir menyatakan persetujuan mengenai hal tersebut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanya menyatakan bahawa ia tidak penting.

“Apa yang difikirkan beliau bukan isu. Ia sentiasa menjadi agenda kami,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");