Panasnya Hari Ini

Tun M, Muhyiddin Berjuang Dari Sisi Berbeza – Zainuddin

KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat keputusan untuk terus kekal bersama UMNO ternyata mengecewakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Katanya, keputusan Muhyiddin itu ternyata memberi tamparan moral dari segi politik kepada Tun Mahathir.

Bagaimanapun, Zainuddin berkata, tindakan Muhyiddin untuk terus kekal bersama UMNO mungkin kerana strategi yang berbeza berbanding tindakan Tun Mahathir yang mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO.

“Tentunya keputusan itu akan mengecewakan Mahathir sebab Muhyiddin tidak mengikut jejak langkah beliau.

“Muhyiddin pula mungkin berasa lebih baik beliau terus berada dalam UMNO kerana masih berpeluang untuk mencabar kepimpinan melalui pemilihan parti yang akan datang,”katanya, lapor Malaysiakini.

Muhyiddin dalam sidang medianya hari ini mengumumkan untuk terus kekal di dalam parti dan akan berjuang dari dalam.

Zainuddin berkata, keputusan Muhyiddin itu dilihat akan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak yang menginginkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digulingkan.

“Mereka akan berjuang melalui dua sisi berbeza untuk menggulingkan Najib.

“Mahathir dari luar (UMNO) dan Muhyiddin dari dalam parti. Muhyiddin masih boleh mencabar kepimpinan UMNO untuk bertanding dan bertanding jawatan sebagai Presiden UMNO.

“Kalau dia keluar parti, dia tidak lagi boleh mencabar kepimpinan dalam UMNO,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");