Panasnya Hari Ini

Tun M, Pembangkang Berkongsi Pentas 28 Mac Ini

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan meneruskan ‘serangan’ beliau di dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berkongsi pentas dengan pembangkang.

Selain bekas Presiden UMNO itu, dijangka akan turut menyertai perhimpunan ‘Muafakat Selamatkan Malaysia’ pada 28 Mac ini ialah Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program tersebut akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Penyelaras Sekretariat, Mohd Rafizi Ramli berkata, pengesahan kehadiran Tun Mahathir telah disahkan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyelaraskan program bagi pihak bekas Perdana Menteri itu.

Memetik laporan mStar, pemimpin pembangkang juga akan turut hadir ke perhimpunan tersebut yang bakal diisi dengan sesi pidato politik, deklamasi sajak dan persembahan pentas.

“Himpunan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan saya menggesa seberapa ramai rakyat yang prihatin dengan masa depan negara untuk turun menyemarakkan gelombang reformasi,”kata Setiausaha Agung PKR itu.

Terdahulu, Tun Mahathir bersama-sama dengan 50 pemimpin kerajaan dan pembangkang telah menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri pada 4 Mac lalu.

Dalam deklarasi tersebut, Tun Mahathir bersama-sama dengan musuh politiknya, Lim Kit Siang dalam misi menyelamatkan Malaysia daripada Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");