Panasnya Hari Ini

Tun M & Pemimpin Pembangkang Bakal Adakan Pertemuan Dan Deklarasi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan NGO petang ini.

Pertemuan itu juga akan disusuli dengan sidang media serta menandatangani deklarasi bersama malah ia juga disifatkan sebagai manifestasi muafakat pelbagai pihak terhadap isu-isu semasa.

Memetik sumber Awani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan turut hadir ke sidang media tersebut.

Turut dilaporkan beberapa pemimpin pembangkang daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR juga dijangka hadir.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub turut mengesahkan kehadiran beliau dan presiden parti esok.

“Saya dan Mohamad Sabu akan hadir ke majlis tersebut,” katanya ringkas.

Sementara itu semalam, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan terdapat pertemuan dengan Dr Mahathir hari ini bertujuan bagi membentuk muafakat bagi ‘menyelamatkan Malaysia’ susulan masalah politik semasa negara.

Tambahnya lagi, pertemuan itu tidak boleh berasaskan dendam terhadap perdana menteri Datuk Seri NajibTun Abdul Razak tetapi keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut politik.

“Bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah.

“Tetapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi,” kata Nurul Izzah.

Manakala bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan beliau akan turut serta dalam pertemuan tersebut atas kapasiti peribadi.

“Saya tetap akan sertai deklarasi meskipun PAS telah menyatakan mereka tidak akan terlibat. Kehadiran saya tidak mewakili parti tetapi sebagai rakyat Malaysia,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");