Panasnya Hari Ini

Tun M Perlu Kurang Berpolitik, Fokus Pembangunan Rakyat

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disarankan agar lebih memberi tumpuan kepada pembangunan dan isu rakyat berbanding politik.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, meskipun beliau menghormati keputusan Tun Mahathir, namun beliau berpendapat bahawa bekas Presiden UMNO itu perlu mengurangkan daripada bermain politik.

“Saya berharap, pada masa depan ialah kita kurangkan berpolitik dan menumpukan banyak usaha untuk pembangunan rakyat,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tun Mahathir yang mengambil keputusan untuk keluar UMNO, semalam, sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khalid turut berkata, Tun Mahathir berhak untuk memilih haluan politiknya memandangkan beliau sudah terlibat di dalam politik negara untuk satu tempoh yang lama.

“Saya tidak akan mencampuri tentang apa-apa yang dilakukan. Saya rasa itu keputusan dia, kalau dia buat keputusan itu (menyertai pembangkang), baguslah untuk dia,”ujarnya.

Tun Mahathir turut dilaporkan berkata, beliau bercadang untuk menubuhkan satu ‘kumpulan’ bagi ‘membebaskan’ negara daripada Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");