Panasnya Hari Ini

‘Tun M Sanggup Lakukan Apa Sahaja Demi Agenda Politik’ – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang strategis, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, mantan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai agenda politik peribadinya.

Ujarnya lagi, disebabkan bekas Presiden UMNO itu seorang strategis, matlamatnya sentiasa menghalalkan cara.

“Beliau seorang strategis. Kita perlu lihat beberapa langkah ke hadapan termasuk apa yang telah dilakukan baru-baru ini (Deklarasi Rakyat yang bertujuan untuk mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan).

“Bagi Dr Mahathir, matlamat menghalalkan cara dan beliau sangat cekap dalam menggunakan orang lain demi merealisasikan impiannya,”katanya, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, permainan politik Tun Mahathir itu dapat dilihat sepanjang beliau mentadbir negara ini selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri keempat.

“Ada satu waktu, beliau tidak suka kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kerana sebab tertentu. Bayangkan, Ku Li, orang yang bina PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), urus perbelanjaan parti, juga Naib Presiden (ketika itu), tetapi Mahathir tidak suka caranya.

“Oleh kerana beliau tidak mahu mengambil Ku Li, maka atas kepintaran politiknya, jawatan itu dipertandingkan dan secara langsung dia beri sokongan kepada (Tun) Musa Hitam untuk mengalahkan Ku Li,”ujarnya.

Jelasnya lagi, perkara yang sama juga dapat dilihat apabila Tun Mahathir ternyata tidak selesa dengan pengaruh Musa dan beliau mempergunakan Tun Ghafar Baba untuk menyingkirkan Musa.

Kemudian, Tun Mahathir berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan menyingkirkan Ghafar.

“Apabila perjalanan politik Anwar menjadi kuat, malah membina kekuatannya sendiri yang akhirnya menimbulkan lagi kebimbangan, maka Dr Mahathir sekali lagi menggunakan strategi dan permainan yang sama untuk menyingkirkan Anwar,”ujarnya.

Kata Annuar lagi, Tun Mahathir kemudiannya sekali lagi mempergunakan Tun Abdullah Ahmad Badaw

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");