Panasnya Hari Ini

Tun M Senaraikan ‘Pencapaian’ Najib

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi catatan terbaru di blognya, chedet.cc, hari ini menyenaraikan ‘pencapaian’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun sepanjang menjadi pemimpin negara sejak 2009.

Tegas Tun Dr Mahathir, seorang Perdana Menteri tidak perlu mengikut dasar-dasar yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu, sebaliknya, Perdana Menteri boleh menggubal dasar dan strategi mereka sendiri.

“Tetapi rakyat mempunyai hak untuk menilai prestasi mereka termasuk meluluskan, mengkritik atau menolak kerja Perdana Menteri dan juga untuk menumbangkan Perdana Menteri secara aman dan mengikut undang-undang.

“Hakikat bahawa Perdana Menteri telah dipilih tidak bermakna dia tidak boleh disingkirkan sebelum tempohnya. Rakyat yang dipilih telah dibuang atau diberhentikan daripada jawatan atas pelbagai sebab telah mengatasi amalan demokrasi,”ujarnya.

Ujarnya lagi, apabila Najib mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, rakyat menjangkakan Najib akan membatalkan beberapa dasar yang ‘merugikan’ negara di zaman pentadbiran Tun Abdullah.

“Najib juga telah memperkenalkan dasar-dasar yang menjejaskan kebebasan Malaysia dan menyumbang kepada persepsi negatif terhadap negara ini,’ujarnya.

Antara yang disebut oleh mantan Perdana Menteri itu ialah Najib meminta izin Perdana Menteri Singapura untuk pembinaan jambatan bagi menggantikan tambak Malaysia, melantik perunding Eropah bagi menasihati Najib tentang dasar-dasar negara yang melibatkan kos RM7 bilion ringgit dan menubuhkan agensi-agensi luar kerajaan untuk mengarahkan hal ehwal kerajaan dalam merancang serta melaksanakan pembangunan negara.

Selain itu, tambah Tun Mahathir, Najib juga telah menambah bajet kepada Jabatan Perdana Menteri, memberi pekerjaan dengan gaji yang tinggi dengan harapan menerima sokongan daripada mereka tanpa mengira kesalahan beliau serta mempunyai gaya hidup mewah di luar kemampuan Perdana Menteri.

Tambah Tun Mahathir, antara ‘pencapaian’ lain ialah Najib menubuhkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setelah gagal mengambil alih Terengganu Investment Agency (TIA) dengan modal sebanyak RM1 juta dari kerajaan.

Tun Mahathir juga turut mengulas mengenai isu wang ‘derma’ yang diterima Najib selain daripada beberapa isu yang melibatkan pelaburan yang dilakukan oleh 1MDB.

Ujarnya, disebabkan ‘pencapaian’ Najib itu, Malaysia telah mendapat malu apabila disenaraikan antara sepuluh negara yang paling korup di dunia dan Najib dianggap sebagai Menteri Kewangan yang paling tidak cekap.

“Ini adalah punca kenapa rakyat meminta agar Najib melepaskan jawatan,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");