Panasnya Hari Ini

Tun M Sertai Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah pada Isnin malam.

Beliau yang turut ditemani Isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di lokasi perhimpunan pada jam 10.30 malam sebelum mengambil tempat di pentas utama untuk berucap memetik laporan Astro Awani.

Turut dilaporkan hadir iaitu pemimpin Pakatan Harapan termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli dan Presiden Parti Amanah Negara, Mat Sabu;

Program anjuran Pakatan Harapan itu dikatakan akan menjelajah ke setiap negeri bagi menggembleng sokongan umum untuk antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia diadakan sehari selepas penganjuran majlis tertutup Kongres Rakyat 2016 yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");