Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Cabar Najib Saman WSJ

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dakwaan yang dibuat.

Tegasnya, tindakan saman itu perlu dilakukan sekiranya laporan yang mendakwa lebih USD1 bilion telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri berkenaan adalah palsu semata-mata.

“Saya fikir jika dakwaan ini tidak benar, Perdana Menteri patut ambil tindakan menyaman WSJ kerana laporan palsu.

“Jika Perdana Menteri tidak mengambil sebarang tindakan, mungkin kerana ada laporan itu sedikit sebanyak ada kebenarannya,” katanya dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan PROTON di sini, hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, media antarabangsa berkenaan telah mendedahkan bahawa penyiasat antarabangsa telah mendapati lebih USD1 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Ia dipercayai diperolehi daripada beberapa syarikat yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, Najib juga dilaporkan merancang untuk mengambil tindakan saman terhadap WSJ, namun sehingga kini, tindakan tersebut belum dilaksanakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");