Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Disingkir Jawatan Penasihat Petronas

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah ditamatkan pelantikannya sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) setelah keputusan tersebut dibuat oleh Kabinet.

Bernama melaporkan, Pejabat Perdana Menteri hari ini menerusi satu kenyataan berkata, Kabinet berpendapat bahawa Tun Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Berikutan itu, bekas Perdana Menteri itu sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

“Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

“Deklarasi tersebut bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara,”katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas selepas bersara sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi PROTON Holdings sejak Jun 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");