Sukan Hari Ini

Ujian getir United

Manchester, United Kingdom: Masalah Manchester United dijangka berterusan apabila mereka bakal menentang West Ham pada suku akhir Piala FA, tengah malam ini.

Kekalahan 0-2 di tangan musuh tradisi Liverpool pada perlawanan pertama Liga Europa kelmarin mengakibatkan United sekali lagi berdepan kritikan keras banyak pihak.

Bekas bintang United Paul Scholes dan Rio Ferdinand pantas mengutuk permainan yang di pamerkan kelab itu dan semua kesalahan ini ditujukan kepada Louis van Gaal (gambar).

Kekalahan di Anfield itu membuatkan peluang United untuk layak ke suku akhir agak sukar walaupun perlawanan kedua bakal berlangsung di tempat sendiri Jumaat ini.

Untuk menamatkan musim di kelompok empat teratas juga dilihat sebagai sesuatu yang tidak lagi mampu digapai United yang kini berada di kedudukan keenam liga.

Justeru, hanya Piala FA yang bakal menjamin tempat di Liga Europa musim depan tetapi jika hanya mampu memenangi satu gelaran, ia tidak cukup buat Van Gaal untuk terus kekal di Old Trafford.

Ia pasti tidak cukup untuk menyelamatkan karier pengendali Belanda itu berikutan aksi hambar anak buahnya sejak awal musim.

Tetapi dengan kegagalan United untuk menang apa-apa kejuaraan sejak kali terakhir Alex Ferguson melakukannya pada 2013 dan Piala FA hanya singgah di tempat mereka pada 2004, kejayaan menakluk pertandingan ini mungkin boleh dianggap sebagai pengubat duka.

Kekalahan di tangan West Ham yang menang semua empat perlawanan terakhir dan hanya tewas sekali sepanjang 10 aksi pasti meningkatkan tekanan ke atas van Gaal.- AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");