Panasnya Hari Ini

UMNO Cawangan Disaran Cadang Usul Undi Tidak Percaya Kepada Presiden

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyarankan agar semua ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh pelusuk negara untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi satu kenyataan di Facebooknya, beliau menegaskan agar semua ketua UMNO cawangan tidak takut dengan manusia yang lain.

“Jangan kita takut pada manusia sesama manusia! Kita perlu taat serta takut hanya pada Allah SWT.

“Saya ditekan dengan begitu hebat kini namun dengan izin Allah, masih mampu menjalani penghidupan harian secara normal. Allah lebih berkuasa dari pemimpin-pemimpin UMNO yang korup,”tegasnya.

Tambah Khairuddin lagi, meskipun beliau sudah mengumumkan keluar dari UMNO bersama-sama dengan mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menegaskan jiwanya masih bersama dengan parti orang Melayu itu.

“Saya dilahirkan dari keluarga pejuang serta pengasas parti UMNO. Darah yang mengalir dalam tubuh saya adalah darah UMNO.

“Cuma selagi pemimpin korup seperti Najib berada sebagai Presiden UMNO, selagi itulah saya mengharamkan diri untuk berada di dalam parti keramat Melayu ini,”ujarnya.

Sementara itu, beliau juga mendakwa bahawa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor telah mengumpulkan semua setiausaha-setiausaha UMNO semua peringkat di Sungai Petani untuk hadir bagi merakamkan sokongan pada Presiden parti.

“Adnan kata Presiden UMNO kuat pada masa kini, tetapi dalam masa yang sama beliau lari ke hulu ke hilir menagih sokongan. Macam mana itu Adnan Mansor?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");