Panasnya Hari Ini

UMNO Enggan Terburu-buru Kenakan Hukuman Kepada Ahmad Said – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa parti itu tidak akan mengambil tindakan terburu-buru untuk mengenakan hukuman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berikutan tindakannya sebelum ini.

Jelasnya, bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap UMNO, parti itu perlu menunjukkan kebijaksanaan yang lebih tinggi dalam sesuatu perkara.

“Dalam kes Ahmad Said, beliau membuat tindakan sedemikian bukan kerana UMNO namun berikutan tidak berpuas hati dengan Menteri Besar dan pada saya kita hanya perlu selesaikan bahagian itu sahaja,”katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkaraf, di sini, semalam, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, Ahmad Said telah membuat kejutan apabila mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sesi Sidang DUN pada 8 Mac yang lalu.

Dalam pada itu, Annuar berkata, UMNO tidak seharusnya menjadi terlalu emosi dan perlu berfikir panjang sebelum mengambil sesuatu keputusan memandangkan bidang politik merupakan sesuatu yang unik serta tidak terlalu lurus.

“Ia diibaratkan seperti orang yang kita nak bunuh tengah menggelupur nak mati, dan buat apa lagi kita nak potong leher dia. Biar dia mati sendiri. Itulah politik. Jangan bila dia buat sesuatu terus kita nak ambil hukuman,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");